Thursday 13 November 2014

Pokok Ajaib..

Pokok Ajaib ini baru dibeli semasa Pameran Konvokesyen UPM Ke-38 di Bukit Ekspo UPM baru-baru ini.. Hati terpanggil untuk memiliki pokok ini disebabkan cerita-cerita menarik yang pernah diketahui sebelum ini.. Apakah yang dikatakan ajaib tentang pokok ini? Hmm.. Ajaib yang dimaksudkan bagi pokok ini ialah buahnya.. Buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan merah ketika masak mempunyai rasa tawar akan memberikan satu kejutan yang penuh keajaiban.. Keajaibannya ialah rasa manis bagi setiap makanan yang dimakan selepas memakan buahnya.. Kesan rasa manis dapat dirasai selama sejam atau lebih disebabkan buahnya yang memberi kesan peneutralan ke atas sebarang asid.. Memang ajaib.. Bunganya berwarna putih dan berbuah sepanjang tahun.. Buahnya mempunyai biji yang boleh disemai selain menggunakan keratan batang.. Pokok renek yang berasal daripada Afrika ini akan berbuah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.. Harap-harap pokok ini akan berbuah suatu masa nanti..

2 comments:

  1. akak pernah rasa..lepas tu apa2 pun kita rasa akan rasa manis jekan....dulu akak pernah rasa satu pokok tu..x ingat namanya apa...tapi pokok tu hidup dlm semak..jenis renek...bila kita makan daunnya kalau x silap pun akan rasa manis...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruja dengar apa yg akak katakan.. harap pokok ni akan berbuah dan merasai keajaibannya tu.. pokok pe ye? kalau dah tau akak beritahu ye.. ;)

      Delete