Showing posts with label Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Tradisional. Show all posts

Wednesday, 27 July 2016

Mekarnya Kecubung..

Mulai awal pagi semalam sebelum bergerak pergi ke pajabat, kuntuman mekar si bunga Kecubung menggamit diri untuk terus merakam saat indah mekarnya di tangkai.. Di sebalik keindahannya tersimpan pelbagai kisah.. 
Mekar 27.07.16
Mekar 28.07.16
Berikut adalah kisah ringkas Kecubung yang dipetik daripada internet..
Pokok Kecubung ialah sejenis pokok renek herba semusim dalam famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama sainsnya Datura Metel(Linn).
Tinggi Pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu danputih; ada juga yang berwarna kuning dan orenBuahnya pula berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus di luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kini Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik.
Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā ().
Kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepalahalusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana.
Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksaliklemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

Monday, 25 July 2016

Menumpang Tumbuh.. Kecubung..

Kehadiran pokok ini menumpang tumbuh di dalam pasu kucai rupanya adalah pokok Kecubung.. Pelbagai cerita dikaitkan dengan kebaikan dan kekurangan pokok ini.. 
Kali ini kita lihat dulu pokoknya.. Kemudian kita lihat sifat-sifat Kecubung.. 
 
 
 

Monday, 22 June 2015

Pucuk Meranti..

Pasu kucai yang ditanam tidak disangka telah ditumbuhi oleh anak-anak pokok pucuk meranti.. Sempatlah sekali merasa diulamkan.. Hmm.. Suka pucuk meranti..

Benih Bebuas & Kelulut..

Benih bebuas yang sengaja dibiarkan.. Pokok nampak agak semak dipandang.. Tapi ianya menjadi sumber makanan bagi si kelulut dan serangga-serangga lain.. Mungkin nektarnya menjadi idaman serangga-serangga ini..



Sunday, 9 November 2014

Pucuk Labu..

Labu Kuning yang terkenal dengan khasiatnya memang enak dibuat pelbagai masakan, manisan dan kuih-muih.. Berasal daripada keluarga Cucurbitaceae ini kaya dengan vitamin A.. 

Selain buahnya, pucuk labu kuning ini juga boleh dimakan.. Memang sedap dibuat masakan.. Resepi kegemaranku pucuk labu dimasak air.. Bagi menambah meriah keenakan resepi ini cendawan, keledek, putik jagung atau lobak merah boleh juga digandingkan bersama.. Walaupun menu ini agak ringkas tetapi ianya menjadi idaman dan kegemaran keluargaku.. Selain itu pucuk labu ini juga sedap dimasak lemak.. Hmm.. Kehijauan dan kesegarannya memang akan membangkitkan selera..

Sunday, 2 November 2014

Bidens alba var. radiata..

Akhirnya identiti pokok yang menumpang tumbuh ini diketahui sudah.. Bidens alba daripada family Asteraceae.. Pokok ini banyak dijumpai tumbuh meliar di kawasan tropika dan subtropika Amerika Utara, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.. Menurut kajian daunnya boleh dimakan dan digunakan sebagai penawar perubatan.. Pokok ini juga menghasilkan nektar bagi sumber makanan rama-rama dan lebah madu.. Sifatnya yang sentiasa berbunga dan meriah bercabang membuatkan ianya cepat merimbun.. Setiap cabangnya akan terus berbunga dan berbunga.. Bentuk benihnya yang unik membuatkan ianya mudah disebarkan oleh serangga dan binatang lain..






Keindahan bunga Bidens alba..








Pemikat si lebah madu, rama-rama dan serangga.. 








Keunikan benih Bidens alba..