Showing posts with label Fauna. Show all posts
Showing posts with label Fauna. Show all posts

Friday, 31 March 2017

Bebuas.. Sedia Dijamah..

Pucuk muda Bebuas yang menghijau dan segar bugar buatkan selera terbuka untuk memetiknya sebagai hidangan.. Rupanya belalang pun sama.. 

Thursday, 30 March 2017

Si Cokiey..

28 Mac 2017 kehadiran ahli keluarga baru iaitu Cokiey.. Hehe.. Kucing terbiar yang diambil daripada kedai runcit berhampiran rumah.. Moga Cokiey dapat mengubat kerinduan Kembang dan Nome yang sudah tiada..

Thursday, 9 March 2017

Mengail Ikan..

Aktiviti memancing ikan sungai di dalam kawasan ladang sawit di kampung.. Teruja anak-anak dengan pengalaman ini.. 

Tuesday, 21 February 2017

Selamat Tinggal Nome..

Hari ini 21 Februari 2017 (Selasa - 1.30 tengahari) adalah hari terakhir buat Si Nome.. Pemergiannya amat dirindui.. Allah lebih sayangkannya.. 
Kehadirannya pada 09 Februari 2017 (Khamis - 8.00 malam) menambah keceriaan rumah.. Bakal pengganti Si Kembang.. Pertemuan yang singkat ini sebenarnya memberikan seribu kemanisan sepanjang bersama Nome.. 
Walaupun masih kecil tapi ianya sangat bijak, manja, ceria dan pandai berdikari.. Sangat cepat belajar.. Pandai mengajak untuk bermain.. Mendengar kata.. Pengusik.. Suka makan.. Cerdik.. 
Selamat tinggal Si Nome.. :(

Wednesday, 11 January 2017

Sesumpah..

Sesumpah yang menjadi penunggu di kawasan tanaman di depan rumah..

Monday, 25 July 2016

Bebuas & Serangga..

Kemunculan bunga Bebuas telah menggamit kehadiran pelbagai serangga.. 
Jom kita saksikan..

Si Kembang Sudah Sihat..

Alhamdulillah.. Si Kembang kini telah kembali sihat seperti sedia kala..
Sewaktu sihat..

Friday, 3 June 2016

Selasih & Lebah..

Leka melihatkan aksi Si Lebah Madu yang sedang asyik menikmati nekta bunga selasih di waktu pagi.. Bila petang sunyi sepi.. Seekor lebah pun tiada.. Seperti ada jadual yang telah ditetapkan untuk mereka berkerja.. Bunga selasih ini juga telah mengundang kehadiran serangga lain seperti Kelulut dan Rama-rama.. Sayang, masih belum berjaya merakam gelagat mereka..








Si Kembang..

Gelagat manja Si Kembang sedang lena tidur bersama patung beruangnya..

Tuesday, 31 May 2016

Selasih & Kemangi..

Selasih dan Kemangi.. Sama tapi tak serupa.. Sekarang tengah meriah berbunga.. Menjadi sumber rezeki si kelulut, lebah madu dan serangga lain.. Meriah menikmati nektar bunga pada waktu pagi..