Halia Bara dan Cekur Batik telah pulih kembali dengan rimbunan daun yang segar..
Showing posts with label Herba. Show all posts
Showing posts with label Herba. Show all posts
Tuesday, 6 September 2016
Sunday, 4 September 2016
Wednesday, 27 July 2016
Mekarnya Kecubung..
Mulai awal pagi semalam sebelum bergerak pergi ke pajabat, kuntuman mekar si bunga Kecubung menggamit diri untuk terus merakam saat indah mekarnya di tangkai.. Di sebalik keindahannya tersimpan pelbagai kisah..
![]() |
| Mekar 27.07.16 |
![]() |
| Mekar 28.07.16 |
Berikut adalah kisah ringkas Kecubung yang dipetik daripada internet..
Pokok Kecubung ialah sejenis pokok renek herba semusim dalam famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama sainsnya Datura Metel(Linn).
Tinggi Pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu danputih; ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus di luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kini Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik.
Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā (洋金花).
Kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana.
Monday, 25 July 2016
Menumpang Tumbuh.. Kecubung..
Kehadiran pokok ini menumpang tumbuh di dalam pasu kucai rupanya adalah pokok Kecubung.. Pelbagai cerita dikaitkan dengan kebaikan dan kekurangan pokok ini..
Kali ini kita lihat dulu pokoknya.. Kemudian kita lihat sifat-sifat Kecubung..
Selasih, Kemangi & Kelulut..
Kemeriahan Selasih dan Kemangi berbunga telah mengundang kehadiran Kelulut.. Sungguh meriah berterbangan terutamanya di waktu pagi.. Sangat leka menikmati nektar bunga..
Tuesday, 31 May 2016
Selasih & Kemangi..
Selasih dan Kemangi.. Sama tapi tak serupa.. Sekarang tengah meriah berbunga.. Menjadi sumber rezeki si kelulut, lebah madu dan serangga lain.. Meriah menikmati nektar bunga pada waktu pagi..
Sunday, 9 November 2014
Belimbing Tanah..
Pokok Belimbing Tanah.. Tumbuh meliar.. Buah seakan belimbing biasa cuma saiznya sangat kecil.. Rasanya masam,, Dipercayai mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk merawat darah tinggi dan kencing manis.. Nanti saya cuba kongsikan informasi ini.. Sebelum itu mari kita lihat rupa bentuk pokok Belimbing Tanah..
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































