Showing posts with label Biji Benih. Show all posts
Showing posts with label Biji Benih. Show all posts

Tuesday, 20 September 2016

Benih Kecubung..

Pokok Kecubung yang menumpang tumbuh sudah menghasilkan benih.. Setibanya daripada bercuti Raya Haji Aidiladha dan perkahwinan anak buah di Johor disambut dengan kehadiran benih Kecubung di rumah.. Jom kita saksikan keunikan benih Kecubung ini..

Tuesday, 31 May 2016

Selasih & Kemangi..

Selasih dan Kemangi.. Sama tapi tak serupa.. Sekarang tengah meriah berbunga.. Menjadi sumber rezeki si kelulut, lebah madu dan serangga lain.. Meriah menikmati nektar bunga pada waktu pagi..




Friday, 27 May 2016

Timun Betik..

Hasil perkongsian biji benih yang dibeli melalui semuamenjadi.blogspot.com telah membuahkan hasil.. 
Jutaan tahniah buat Elliza.. Moga dapat merasai keenakan buah timun betik ni..


Tuesday, 12 May 2015

Keindahan Bunga Pink..

Bunga Pink ini sangat cantik dan lembut warnanya.. Identiti bunga pink ini masih di dalam pencarian.. Tunggu..


Wednesday, 29 January 2014

Tomato Ceri..

Pengalaman pertama untuk menanam tomato ceri.. Mudah-mudahan ianya berjaya mengeluarkan buah..
Teringat suatu masa dulu, tomato ini banyak ditanam di kampung..
Mari sama-sama kita nantikan kemunculan buahnya.. 




Monday, 28 October 2013

Selasih & Pudina..

Selasih dan Pudina antara pokok yang mudah tumbuh dan beraroma unik menjadi penyeri kehijauan.. 
Bunga Selasih
Selasih
Pudina


Friday, 11 October 2013

Kacang Duduk/Renek..

Kacang renek/duduk ini berbeza dgn kacang panjang biasa.. Ini kerana pokoknya rendah dan tidak perlukan sokongan yang tinggi untuk menjalar.. Sesuai ditanam bagi mereka yang tiada kawasan bercucuk tanam yang luas..Perlukan sedikit sokongan supaya buanhnya tidak mencecah tanah.. Rasanya sama seperti kacang panjang biasa..




Thursday, 10 October 2013

Terung Ulam..

Ulam kegemaranku.. Tidak rugi menanam terung ini kerana ianya rajin dan meriah berbuah.. Pokok tahan lama.. Hmm.. Sedap.. Rangup.. Manis rasanya.. Boleh dimakan mentah atau celur.. Emak biasanya letak di atas nasi yang sedang mendidih dan biarkan sehingga nasi masak.. Hmm.. Terserlah rasa manisnya.. Sedap juga dimasukkan di dalam masakan seperti kari, pajeri dan lain-lain.. Hmm.. Saksikanlah gambarnya..

Bunga Terung Ulam
Terung Ulam Muda..
Sedia utk dipetik & dimakan.. Hmm..

Terung Ulam Tua..
Biasanya akan gugur dr tangkai dan sedia untuk dijadikan benih..

Hasil Tuaian Terung Ulam..
Terselit bersama terung mini..

Pokok Terung Ulam..
Wpun daunnya bermasalah, tp buahnya elok dan segar utk dimakan..