Showing posts with label Flora. Show all posts
Showing posts with label Flora. Show all posts

Monday, 3 September 2018

Edithcolea grandis..

Edithcolea grandis yang sangat unik dan menawan membuka tirai 2018 setelah setahun tidak bersua.. Rindu rasanyanya untuk berkongsi kembali keindahan flora-flora cintaku..
Saksikan keindahan kaktus Edithcolea grandis yang menguntum mekar pada 31 Ogos 2018 baru ini..































Friday, 31 March 2017

Bunga Kunyit..

Bunga Kunyit sedap dibuat ulam.. Special sebab sukar diperolehi.. Alhamdulillah.. Akhirnya Bunga Kunyit ini munculkan diri setelah sekian lama menanam ubinya yang diambil daripada kampung.. Nilainya RM2.00 di Pasar Borong Selangor.. Itu pun jarang-jarang ada..

Bebuas.. Sedia Dijamah..

Pucuk muda Bebuas yang menghijau dan segar bugar buatkan selera terbuka untuk memetiknya sebagai hidangan.. Rupanya belalang pun sama.. 

Damask..

Damask nan sekuntum..

Kerabu Bunga Betik & Pucuk Paku..

 Balik kampung baru ini telah disajikan dengan Kerabu Bunga Betik.. Air tangan emak.. Sangat enak dan menyelerakan.. Bunga betik di tepi rumah.. Kerabu ini dicampurkan sekali dengan pucuk betik dan pucuk paku.. Terliur dibuatnya semasa menaip ni.. Hmm.. Terlalu sedap menikmati kerabu ni sampai lupa nak ambil gambar.. Dah tinggal sikit baru teringat.. Hehe..

Kaktus & Orkid..

Kaktus pemberian rakan ini tidak berhenti berbunga.. Kali ini agak meriah berbunga.. Merah gelap yang menawan.. Hmm.. Orkid Sakura ini juga tidak kurang hebatnya.. Warna lembutnya membuatkan setiap mata memandang akan jatuh cinta padanya.. Hehe..

Thursday, 30 March 2017

Bunga Kertas..

Rimbunan Bunga Kertas..

Air Mata Pengantin..

Bunga Air Mata Pengantin yang disemai daripada biji benih kini meriah berbunga di kampung.. Hidangan istimewa buat Si Kelulut..

Friday, 10 March 2017

Kuntuman Sulung Hoya..

Akhirnya Hoya Mindorensis Yellow ini menghadiahkan kuntuman yang sangat indah.. Penantian selama ini amat berbaloi dan mengukir senyuman riang.. Saksikan keindahan dan keunikannya..