Showing posts with label Wangi. Show all posts
Showing posts with label Wangi. Show all posts

Tuesday, 6 September 2016

Ros Mini..

Penampilan Ros Mini ini walau pun ringkas dan bersahaja tetapi ianya cukup mempesonakan dengan tarikannya yang tersendiri.. Keindahan kuntumannya mampu membuatkan hati ini tersenyum sendiri.. Jom sama-sama kita saksikan keindahannya Si Ros Mini..
Ada juga yang menggelarkannya Wedding Day / Angel Wing / Rosa Canina..

idaman hati.. sumber: Google Image

Monday, 15 June 2015

Perbezaan Usia..

BC Little Marmaid ini sangat wangi.. Rajin berbunga dan tahan lama.. 
Berikut adalah perbezaan warnanya mengikut usia.. Purple pudar tu menanti untuk gugur setelah lebih 3 minggu mekar..
*BC = Brassavola x Cattleya

Thursday, 16 April 2015

Damask April 2015

Keindahan dan haruman Damask sentiasa menguntum mekar tanpa jemu di rumah..

Sunday, 12 October 2014

Melur..

Haruman Melur yang memikat membuatkan ianya menjadi salah satu koleksiku.. Warnanya putih bersih menambah seri laman.. Mudah ditanam menggunakan keratan batang..  

Sunday, 21 September 2014

Rose Damask..

Penasaran menantikan Rose Damask yang sangat harum dan cantik ini mekar untuk sekian kalinya..
Jambangan kali ini agak meriah dan subur menghijau..


Monday, 14 April 2014

Damask Berbunga Lagi..

Pagi ini Damask mekar wangi menguntum..







Kesidang - Vallaris glabra

Haruman memikat bunga kesidang ini membuatkan saya terpikat dengannya.. Baunya seakan pandan teringatkan saya kepada bunga rampai.. 

Brassavola nodosa - Lady of The Night

Haruman orkid ini sangat menawan.. Ianya harum mewangi di waktu malam bersesuaian dengan namanya..


Tuesday, 19 November 2013

Rose Damask..

Rose Damask adalah antara rose kampung kesukaan kerana ianya sangat wangi dan warnanya yang lembut.. Walaupun mekarnya hanya seketika, tetapi kepuasan jelas terasa apabila dapat memilikinya.. 
Sangat cantik apabila berjambak mekarnya.. 
Ini adalah kuntuman sulung hasil semaian sendiri keratan batangnya..