Tuesday 16 December 2014

Thursday 13 November 2014

Pokok Ajaib..

Pokok Ajaib ini baru dibeli semasa Pameran Konvokesyen UPM Ke-38 di Bukit Ekspo UPM baru-baru ini.. Hati terpanggil untuk memiliki pokok ini disebabkan cerita-cerita menarik yang pernah diketahui sebelum ini.. Apakah yang dikatakan ajaib tentang pokok ini? Hmm.. Ajaib yang dimaksudkan bagi pokok ini ialah buahnya.. Buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan merah ketika masak mempunyai rasa tawar akan memberikan satu kejutan yang penuh keajaiban.. Keajaibannya ialah rasa manis bagi setiap makanan yang dimakan selepas memakan buahnya.. Kesan rasa manis dapat dirasai selama sejam atau lebih disebabkan buahnya yang memberi kesan peneutralan ke atas sebarang asid.. Memang ajaib.. Bunganya berwarna putih dan berbuah sepanjang tahun.. Buahnya mempunyai biji yang boleh disemai selain menggunakan keratan batang.. Pokok renek yang berasal daripada Afrika ini akan berbuah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.. Harap-harap pokok ini akan berbuah suatu masa nanti..

Sunday 9 November 2014

Eugenia uniflora..

Eugenia uniflora atau nama tempatannya Cermai Belanda sedang meriah berbuah.. Pokoknya yang renek dan warna buahnya yang menarik menjadikannya pilihan hati untuk ditanam di rumah.. Cermai Belanda ini juga dipanggil sebagai Pitanga, Surinam Cherry, Brazilian Cherry dan Cayenne Cherry..
Daunnya berwarna hijau, agak tebal, berkilat dan ringkas bentuknya mempunyai pucuk muda berwarna kemerahan.. Bunganya berwarna putih kekuningan dan mempunyai empat kelopak.. Buahnya berwarna hijau ketika mudah akan bertukar kuning dan akhirnya merah.. Berulas dan boleh dimakan terus.. Buahnya akan menjadi merah kehitaman apabila ianya masak ranum dan ketika ini rasanya masam-masam manis.. Hmm.. Saya suka.. Pokoknya renek, dahan dan rantingnya bercabang-cabang.. Bijinya boleh ditanam.. Selain itu ianya juga boleh ditut.. Pokoknya sangat lasak terhadap serangan serangga dan mudah tumbuh.. Menurut sumber, pokok ini ada manfaatnya di dalam perubatan seperti rawatan untuk darah tinggi dan tonik perut yang baik.. Buahnya mengandungi vitamin C yang tinggi dan sumber vitamin A..

 Klik di sini untuk melihat lebih lagi Gambar Cermai Belanda (post tahun lepas)







Sedia untuk dipetik (sebelah kanan)

Pucuk Labu..

Labu Kuning yang terkenal dengan khasiatnya memang enak dibuat pelbagai masakan, manisan dan kuih-muih.. Berasal daripada keluarga Cucurbitaceae ini kaya dengan vitamin A.. 

Selain buahnya, pucuk labu kuning ini juga boleh dimakan.. Memang sedap dibuat masakan.. Resepi kegemaranku pucuk labu dimasak air.. Bagi menambah meriah keenakan resepi ini cendawan, keledek, putik jagung atau lobak merah boleh juga digandingkan bersama.. Walaupun menu ini agak ringkas tetapi ianya menjadi idaman dan kegemaran keluargaku.. Selain itu pucuk labu ini juga sedap dimasak lemak.. Hmm.. Kehijauan dan kesegarannya memang akan membangkitkan selera..

Belimbing Tanah..

Pokok Belimbing Tanah.. Tumbuh meliar.. Buah seakan belimbing biasa cuma saiznya sangat kecil.. Rasanya masam,, Dipercayai mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk merawat darah tinggi dan kencing manis.. Nanti saya cuba kongsikan informasi ini.. Sebelum itu mari kita lihat rupa bentuk pokok Belimbing Tanah..




Monday 3 November 2014

Five-bar Swordtail Butterfly..

Identiti sebenar rama-rama indah yang hadir ke rumah bulan lepas terbongkar sudah..
Mari kita berkenalan dengannya..

Pathysa antiphates antiphates
Five-bar Swordtail

Animal Group           : Butterfly
Phylum                      : Arthropoda
Class                          : Insecta
Order                         : Lepidoptera
Family                       : Papilionidae
Subfamily                  : Papilioninae
Tribe                          : Leptocircini
Other Name(s)           : Graphium antiphates, Papilo antihiphates

Pandangan Bawah
Pandangan Atas
Pandangan Sisi
Sedang menikmati nektar Bidens alba
Pandangan Depan

Sumber informasi / References:
http://www.learnaboutbutterflies.com/Malaysia%20-%20Graphium%20antiphates.htm
http://www.bbec.sabah.gov.my/overall/bbec24/TWENTYFOUR.pdf
http://www.afcd.gov.hk/english/conservation/hkbiodiversity/database/popup_record.asp?id=2738&lang=tc

Sunday 2 November 2014

Bidens alba var. radiata..

Akhirnya identiti pokok yang menumpang tumbuh ini diketahui sudah.. Bidens alba daripada family Asteraceae.. Pokok ini banyak dijumpai tumbuh meliar di kawasan tropika dan subtropika Amerika Utara, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.. Menurut kajian daunnya boleh dimakan dan digunakan sebagai penawar perubatan.. Pokok ini juga menghasilkan nektar bagi sumber makanan rama-rama dan lebah madu.. Sifatnya yang sentiasa berbunga dan meriah bercabang membuatkan ianya cepat merimbun.. Setiap cabangnya akan terus berbunga dan berbunga.. Bentuk benihnya yang unik membuatkan ianya mudah disebarkan oleh serangga dan binatang lain..






Keindahan bunga Bidens alba..








Pemikat si lebah madu, rama-rama dan serangga.. 








Keunikan benih Bidens alba..