Penampilan Ros Mini ini walau pun ringkas dan bersahaja tetapi ianya cukup mempesonakan dengan tarikannya yang tersendiri.. Keindahan kuntumannya mampu membuatkan hati ini tersenyum sendiri.. Jom sama-sama kita saksikan keindahannya Si Ros Mini..
Ada juga yang menggelarkannya Wedding Day / Angel Wing / Rosa Canina..
Rose Pengantin (Cecile Brunner) idaman hati akhirnya mekar menguntum.. Walaupun jambangan hanya setangkai, kepuasannya amat terasa.. Rose ini amat klasik bagiku kerana warna dan bentuknya.. Baunya harum selembut warnanya..
Rose Damask adalah antara rose kampung kesukaan kerana ianya sangat wangi dan warnanya yang lembut.. Walaupun mekarnya hanya seketika, tetapi kepuasan jelas terasa apabila dapat memilikinya..
Sangat cantik apabila berjambak mekarnya..
Ini adalah kuntuman sulung hasil semaian sendiri keratan batangnya..
Kelembutan dan kesucian warna rose ini memang menawan hati sesiapa sahaja melihatnya.. Bersih berseri.. Kisah rose putih ni bermula apabila rakan facebook terpos pokok ini kepada saya.. Sebenarnya rose yang diminta adalah rose pengantin.. Apa pun jutaan terima kasih kepada Kak Zana Mazlan..