Showing posts with label Selera Kampung. Show all posts
Showing posts with label Selera Kampung. Show all posts

Friday, 31 March 2017

Bunga Kunyit..

Bunga Kunyit sedap dibuat ulam.. Special sebab sukar diperolehi.. Alhamdulillah.. Akhirnya Bunga Kunyit ini munculkan diri setelah sekian lama menanam ubinya yang diambil daripada kampung.. Nilainya RM2.00 di Pasar Borong Selangor.. Itu pun jarang-jarang ada..

Kerabu Bunga Betik & Pucuk Paku..

 Balik kampung baru ini telah disajikan dengan Kerabu Bunga Betik.. Air tangan emak.. Sangat enak dan menyelerakan.. Bunga betik di tepi rumah.. Kerabu ini dicampurkan sekali dengan pucuk betik dan pucuk paku.. Terliur dibuatnya semasa menaip ni.. Hmm.. Terlalu sedap menikmati kerabu ni sampai lupa nak ambil gambar.. Dah tinggal sikit baru teringat.. Hehe..

Monday, 9 January 2017

Sunday, 9 November 2014

Pucuk Labu..

Labu Kuning yang terkenal dengan khasiatnya memang enak dibuat pelbagai masakan, manisan dan kuih-muih.. Berasal daripada keluarga Cucurbitaceae ini kaya dengan vitamin A.. 

Selain buahnya, pucuk labu kuning ini juga boleh dimakan.. Memang sedap dibuat masakan.. Resepi kegemaranku pucuk labu dimasak air.. Bagi menambah meriah keenakan resepi ini cendawan, keledek, putik jagung atau lobak merah boleh juga digandingkan bersama.. Walaupun menu ini agak ringkas tetapi ianya menjadi idaman dan kegemaran keluargaku.. Selain itu pucuk labu ini juga sedap dimasak lemak.. Hmm.. Kehijauan dan kesegarannya memang akan membangkitkan selera..

Thursday, 12 June 2014