Tuesday 23 June 2015

Eplc. Merry Green 'Green Pride'..

Eplc. Merry Green 'Green Pride' sangat mengujakan..





Daun Sup..

Daun sup yang ditanam dah boleh dituai untuk masakan berbuka semalam.. Hmm.. Jemput makan..

Sup Ikan Merah..

Monday 22 June 2015

Grammatophyllum scriptum var citrinum..

Orkid berwarna hijau ini sangat cantik dan meriah menguntum.. Tidak sabar rasanya melihat ianya mekar.. Jom kita saksikan pemandangan indah Grammatophyllum scriptum var citrinum ini..

Berikut adalah pemandangan indah orkid ini di Taman Orkid..




Coryanthes macrantha..

Sekali pandang orkid ini pelbagai pendapat bermain di fikiran.. Hmm.. Unik, pelik, ganjil, hodoh dan macam-macam lagi.. Yang pasti ianya memang lain daripada orkid yang lain.. Inilah Coryanthes macrantha atau bucket orchid.. Banyak cerita unik & menarik di sebalik orkid ini yang kita tidak tahu.. 
Sebelum itu marilah kita sama-sama saksikan keindahannya..






**catatan: gambar di Taman Botani Perdana - Lake Gardens, Kuala Lumpur.. 
jutaan terima kasih buat 'bho'..

Ionopsis paniculata..

Ionopsis paniculata.. Benar-benar memikat hati.. Bunganya ringkas tetapi nampak meriah dan berseri-seri apabila ianya banyak dan bercabang-cabang.. 




Dendrobium aphyllum berbunga ganjil..

Kali ini Dendrobium aphyllum ini berbunga ganjil.. Bukan sahaja bentuknya berbeza tetapi ianya berbunga semasa masih berdaun lagi dan masih kecil pokoknya.. Unik..


Bentuk sebenar..

Stapelia gigantea (Giant Starfish Cactus) 2015.. (1).. Kembali..

Penantian untuk melihat kaktus ini berbunga buat sekian kalinya tercapai sudah.. Kali ini beberapa putik bunga telah keluar.. Harap sempatlah melihat ianya kembang mekar sesempurna sebelum ini..




Pucuk Meranti..

Pasu kucai yang ditanam tidak disangka telah ditumbuhi oleh anak-anak pokok pucuk meranti.. Sempatlah sekali merasa diulamkan.. Hmm.. Suka pucuk meranti..

Benih Bebuas & Kelulut..

Benih bebuas yang sengaja dibiarkan.. Pokok nampak agak semak dipandang.. Tapi ianya menjadi sumber makanan bagi si kelulut dan serangga-serangga lain.. Mungkin nektarnya menjadi idaman serangga-serangga ini..



Orkid Ramadhan 1436H

Koleksi rezeki orkid Ramadhan 1436H..


Grammatophyllum scriptum var citrinum


Ionopsis paniculata

Monday 15 June 2015

Panorama Senja..

Pemandangan senja ini dirakamkan di Pantai BNO, Sabak Bernam.. Sangat indah cinptaan Yang Maha Esa ini..
Suatu masa dulu tempat ini sunyi dan aman.. Kini telah dibangunkan sebagai tapak riadah.. Hidangan mi udang banjir adalah terbaik di sini..


Panorama Jeti Kg Nelayan..

Pemandangan indah dari Kunci Air di Jeti Kampung Nelayan, Simpang 4 BNO, Sabak Bernam..
Kampung kelahiranku..
 

Perbezaan Usia..

BC Little Marmaid ini sangat wangi.. Rajin berbunga dan tahan lama.. 
Berikut adalah perbezaan warnanya mengikut usia.. Purple pudar tu menanti untuk gugur setelah lebih 3 minggu mekar..
*BC = Brassavola x Cattleya

Warna-warni CH 080615..