Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

Friday, 31 March 2017

Kerabu Bunga Betik & Pucuk Paku..

 Balik kampung baru ini telah disajikan dengan Kerabu Bunga Betik.. Air tangan emak.. Sangat enak dan menyelerakan.. Bunga betik di tepi rumah.. Kerabu ini dicampurkan sekali dengan pucuk betik dan pucuk paku.. Terliur dibuatnya semasa menaip ni.. Hmm.. Terlalu sedap menikmati kerabu ni sampai lupa nak ambil gambar.. Dah tinggal sikit baru teringat.. Hehe..

Thursday, 30 March 2017

Pulau Chekas, Raub, Pahang..

Kesempatan berkunjung ke majlis perkahwinan anak keluarga angkat di Kampung Budu, Benta baru-baru ini digunakan untuk menyinggah di Pulau Chekas.. Kenangan manis 19 tahun lalu semasa Program Bakti Siswa masih segar di ingatan sebaik menjejakkan kaki ke kampung ini..
18 Mac 2017

Bunga Kertas..

Rimbunan Bunga Kertas..

Air Mata Pengantin..

Bunga Air Mata Pengantin yang disemai daripada biji benih kini meriah berbunga di kampung.. Hidangan istimewa buat Si Kelulut..

Thursday, 9 March 2017

Mengail Ikan..

Aktiviti memancing ikan sungai di dalam kawasan ladang sawit di kampung.. Teruja anak-anak dengan pengalaman ini.. 

Keindahan Albizia julibrissin (Pink Mimosa Tree)..

Saksikanlah keindahan flora Albizia julibrissin (Pink Mimosa Tree) yang menguntum riang mewarnai alam yang tidak sempat dimuat naik sebelum ini.. 

Wednesday, 11 January 2017

Ladang Sawit Abah..

Inilah tempat sumber rezeki abah yang terkini.. Sebelum ini di bahagian lain.. Setelah pembahagian semula inilah ladangnya.. 10 ekar keseluruhannya.. Alhamdulillah.. Sangat menggamit memori ketika menjejakkan kaki ke sini setelah sekian lama tidak ke ladang.. Hmm.. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah di saat bermain air di alur anak sungai sambil menyauk ikan.. Sangat jernih dan sejuk airnya..

Tuesday, 10 January 2017

Cendawan Busut..

Keenakan Cendawan Busut yang sangat unik buatkan ianya sentiasa diidamkan.. Kesukaran mendapatkannya sekarang ini menjadikannya suatu yang lebih istimewa..