Thursday 10 October 2013

Ulam Pucuk Merah..

Ulam ini diperkenalkan oleh rakan facebook. Sekali rasa terus terpikat dengan kenikmatannya.. Lemak2 rasa daunnya.. Tidak Pahit.. Hmm.. Memang sedap dibuat ulam.. Terima kasih juga kepada rakan saya ini kerana berbesar hati mengirimkan anak pokok ulam pucuk merah ini jauh dari Taiping, Perak.. Alhamdulillah.. Sekarang pokok ini sudah hidup dengan suburnya dan telah beberapa kali dibuat ulam.. Pokoknya juga cantik dibuat hiasan laman kerana warna pucuk2 mudanya yang menarik.. Jutaan terima kasih kepada Nooraida Abdullahalim di atas perkongsian yang tidak terhingga ini..

Anak ulam pucuk merah yang baru ditanam
Ulat pun suka dengan daun ni..


Anak ulam pucuk merah setelah dipindahkan ke tanah

Pucuk ulam pucuk merah sedia dipetik.. Hmm..

Pucuk, daun, bunga dan biji benih ulam pucuk merah..

1 comment:

  1. salam.....saya berminat untuk membeli anak benih ulam pucuk merah...ada stok??

    ReplyDelete