Bunga Ruellia/ Desert Petuania Pink ni sangat menawan hati.. Hasil pemberian rakan facebook ini rajin berbunga dan mudah hidup.. Pandai menjaga diri.. Merata tempat dia tumbuh.. Hehe.. Boleh ditanam daripada keratan batang/ anak/ biji benih..
Rose Pengantin (Cecile Brunner) idaman hati akhirnya mekar menguntum.. Walaupun jambangan hanya setangkai, kepuasannya amat terasa.. Rose ini amat klasik bagiku kerana warna dan bentuknya.. Baunya harum selembut warnanya..
Kaktus pemberian rakan ini akhirnya telah bercambah dan mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan unik.. Kali pertama melihat keindahannya memang teruja dan terukir senyuman kegembiraan.. Saksikanlah kebesaran ciptaan-Nya..