Friday, 10 March 2017

Semaian Hoya..

Ingatkah anda suatu masa dulu mengenai semaian Hoya saya? 
Hmm.. Gambar semaian November 2015 yang lalu kini telah memberikan kuntuman bunga pertama.. Berikut ditunjukkan perkembangan Hoya saya ini setakat Januari 2017..
Bunganya tunggu pada post berikutnya..
04 November 2015
16 Januari 2017

Semaian Gloriosa superba & Hydrangea..

Semaian Gloriosa superba dan Hydrangea awal tahun ini berjaya memberikan kuntuman indah..

Ulam dan Sayur..

Tanaman menumpang di ruang yang ada.. Ulaman dan sayuran sekadar seronok-seronok menikmati kehijauan laman..









Thursday, 9 March 2017

Pucuk Keledek..

Semaian keratan pucuk keledek pemberian rakan telah menjalar jauh mencari ruang untuk meluaskan jajahan taklukannya.. Hmm.. Pucuk keledek ini khas untuk dibuat sayur.. Rasanya sangat sedap dan seakan kangkung.. Saya sangat sukainya.. Bezanya, batang pucuk keledek tidak berongga seperti kangkung.. 

Mengail Ikan..

Aktiviti memancing ikan sungai di dalam kawasan ladang sawit di kampung.. Teruja anak-anak dengan pengalaman ini..