Kemeriahan Selasih dan Kemangi berbunga telah mengundang kehadiran Kelulut.. Sungguh meriah berterbangan terutamanya di waktu pagi.. Sangat leka menikmati nektar bunga..
Kaktus Caralluma diffusa kali ini sangat meriah berbunga selepas lama ditinggal sempena cuti panjang berhari raya.. Kali pertama ianya semeriah ini.. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan..
Pokok Ulam Pucuk Merah semakin membesar dan rendang di kampung.. Ulam ini menjadi pilihan jiran-jiran di sana.. Tapi sayang sepokok lagi di rumah telah mati setelah beberapa kali memberikan pucuknya untuk dibuat ulam.. Terima kasih Nooraida daripada Taiping di atas perkongsian anak pokok ulam ini..
anak pokok ulam pucuk merah hasil pemberian Nooraida (Taiping)