Berikut adalah pemandangan indah orkid ini di Taman Orkid..
Monday, 22 June 2015
Grammatophyllum scriptum var citrinum..
Orkid berwarna hijau ini sangat cantik dan meriah menguntum.. Tidak sabar rasanya melihat ianya mekar.. Jom kita saksikan pemandangan indah Grammatophyllum scriptum var citrinum ini..
Coryanthes macrantha..
Sekali pandang orkid ini pelbagai pendapat bermain di fikiran.. Hmm.. Unik, pelik, ganjil, hodoh dan macam-macam lagi.. Yang pasti ianya memang lain daripada orkid yang lain.. Inilah Coryanthes macrantha atau bucket orchid.. Banyak cerita unik & menarik di sebalik orkid ini yang kita tidak tahu..
Sebelum itu marilah kita sama-sama saksikan keindahannya..
Sebelum itu marilah kita sama-sama saksikan keindahannya..
**catatan: gambar di Taman Botani Perdana - Lake Gardens, Kuala Lumpur..
jutaan terima kasih buat 'bho'..
Ionopsis paniculata..
Ionopsis paniculata.. Benar-benar memikat hati.. Bunganya ringkas tetapi nampak meriah dan berseri-seri apabila ianya banyak dan bercabang-cabang..
Dendrobium aphyllum berbunga ganjil..
Kali ini Dendrobium aphyllum ini berbunga ganjil.. Bukan sahaja bentuknya berbeza tetapi ianya berbunga semasa masih berdaun lagi dan masih kecil pokoknya.. Unik..
![]() |
| Bentuk sebenar.. |
Stapelia gigantea (Giant Starfish Cactus) 2015.. (1).. Kembali..
Penantian untuk melihat kaktus ini berbunga buat sekian kalinya tercapai sudah.. Kali ini beberapa putik bunga telah keluar.. Harap sempatlah melihat ianya kembang mekar sesempurna sebelum ini..
Pucuk Meranti..
Pasu kucai yang ditanam tidak disangka telah ditumbuhi oleh anak-anak pokok pucuk meranti.. Sempatlah sekali merasa diulamkan.. Hmm.. Suka pucuk meranti..
Benih Bebuas & Kelulut..
Benih bebuas yang sengaja dibiarkan.. Pokok nampak agak semak dipandang.. Tapi ianya menjadi sumber makanan bagi si kelulut dan serangga-serangga lain.. Mungkin nektarnya menjadi idaman serangga-serangga ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)




























