Sunday, 2 November 2014

Bidens alba var. radiata..

Akhirnya identiti pokok yang menumpang tumbuh ini diketahui sudah.. Bidens alba daripada family Asteraceae.. Pokok ini banyak dijumpai tumbuh meliar di kawasan tropika dan subtropika Amerika Utara, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.. Menurut kajian daunnya boleh dimakan dan digunakan sebagai penawar perubatan.. Pokok ini juga menghasilkan nektar bagi sumber makanan rama-rama dan lebah madu.. Sifatnya yang sentiasa berbunga dan meriah bercabang membuatkan ianya cepat merimbun.. Setiap cabangnya akan terus berbunga dan berbunga.. Bentuk benihnya yang unik membuatkan ianya mudah disebarkan oleh serangga dan binatang lain..






Keindahan bunga Bidens alba..








Pemikat si lebah madu, rama-rama dan serangga.. 








Keunikan benih Bidens alba..




Sunday, 12 October 2014

Rama-rama Indah..

Pada petang Sabtu lalu, aku dikejutkan dengan kehadiran Rama-rama Indah riang berterbangan di depan rumah.. Keriangannya terbang lebih tertumpu kepada bunga liar yang menumpang tumbuh di celah-celah pokok seumpama teruja gembira menikmati madu pada setiap kuntuman bunga ini.. Kehadiran si rama-rama unik dan cantik ini membuatkan ku bingkas merakam aksinya.. Kelincahannya terbang bertambah sukar untuk merakam gelagatnya menikmati kemanisan si flora liar ini.. Warna dan bentuknya amat unik dan istimewa.. Kepaknya seolah-olah berekor.. Rupa-rupanya inilah Swallowtail Butterfly..








Saat indah merakam kelincahan tetamu istimewa si rama-rama unik..












Melur..

Haruman Melur yang memikat membuatkan ianya menjadi salah satu koleksiku.. Warnanya putih bersih menambah seri laman.. Mudah ditanam menggunakan keratan batang..  

Buah Letup..

Buah Letup ini bukan sekadar rumput liar malah ada manfaatnya.. Bijinya boleh digunakan untuk mengubati bisul di badan.. Ianya dipanggil Buah Letup kerana sifatnya yang akan meletup/pecah apabila diletakkan di dalam air.. Salah satu teknik percambahan bagi serakan biji benihnya.. Bunganya berwarna ungu menyerikan lanskap sebagai tumbuhan hiasan yang lasak dan mudah ditanam..


Thursday, 9 October 2014

Seakan Daun Sup & Daun Ketumbar..

Bentuk daunnya seakan daun sup dan ketumbar ini masih belum terjawab apakah gelarannya.. Rasa dan aromanya juga tidak sama seperti daun sup dan ketumbar.. Benih asalnya adalah pemberian rakan di Taiping.. Bermacam gelaran diberi antaranya sawi ulam dan lamjei.. Apa pun ianya sedap dibuat ulam dan mudah ditanam..









Lily..

 Jambangan Lily.. 



Friday, 26 September 2014