Daisy kembali berbunga buat sekian kalinya.. Keunikan kelopak dan variasi warnanya yang pelbagai membuatkan setiap yang melihat teruja untuk memilikinya..
Hati terpaut untuk berkongsi keindahannya mekar di waktu pagi..
Subur menghijau pokok ini menumpang tumbuh di dalam pasu.. Saja dibiarkan hidup membesar bagaikan johan.. Kalah pokok-pokok lain.. Sehinggalah dia mula mengeluarkan bunga.. Hmm.. Bunganya seakan ulam raja cuma warnanya keputihan.. Cantik..