Orkid Mini ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri di sebalik warnanya yang lembut bersih menawan..
Monday, 15 September 2014
Pengantin Meriah Berbunga..
Saat indah Rose Pengantin ini meriah berbunga tidak dilepaskan peluang untuk menikmati keharuman baunya dan kelembutan warnanya..
Dendrobium Mini..
Terpesona di saat melihat kuntuman Dendrobium Mini ini mekar..
Tampak ringkas tetapi amat menarik hati dan terpaut sayang padanya..
Dendrobium Purple Splash..
Selain Dendrobium Enobi Purple Splash terdapat pelbagai lagi Dendrobium Purple Splash..
Ini adalah salah satu orkid yang dimaksudkan..
Sunday, 14 September 2014
Buah-buahan Tempatan..
Syukur rasanya kerana masih dapat menikmati kelazatan buah-buahan tempatan segar terus dari pokok yang masak meranum di sekeliling rumah di kampung.. Alhamdulillah..
Tasik Chini..
Pemandangan indah Tasik Chini di waktu petang..
Di sebalik keindahan dan kedamaian alam semulajadinya yang kaya dengan flora dan fauna ini tersimpan kisah lagendanya yang tersendiri..
Mari kita bersama-sama menyelusuri Tasik Chini..
Informasi berkaitan Tasik Chini, Pekan, Pahang:
- Tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12,565 ekar
- Mengandungi 12 tasik (disebut “laut” oleh masyarakat asli tempatan) yang bercantum di antara satu sama lain
- Kaya dengan flora dan fauna (138 spesis flora, 300 spesis hidupan bukan akuatik dan 144 spesis ikan air tawar)
- Bulan Ogos-September setiap tahun ia menjadi sebuah taman terapung yang dipenuhi dengan pokok bunga teratai, dengan kelopak-kelopak putih dan jingga yang kembang menghiasi permukaan tasik
Lagenda Tasik Chini
Mengikut
legenda tempatan pada suatu ketika dahulu sekumpulan orang asli yang dikenali
sebagai Jakun telah datang ke kawasan hutan tebal, mereka telah membuka tanah
tersebut untuk bercucuk tanam. Pada suatu hari, sedang mereka berkumpul untuk
bercucuk tanam tiba-tiba muncul seorang wanita tua ganjil yang bertongkat
memberitahu mereka bahawa tanah itu miliknya dan perlu mendapat keizinannya dan
ia membenarkan pembukaan tanah tersebut setelah Batin memohon maaf. Sebagai
menguatkan tuntutannya ia mencacakkan tongkatnya diitengah-tengah kawasan yang
telah dibersihkan dan memberikan amaran supaya tidak mencabut tongkat tersebut.
Kumpulan itu
terus bercucuk tanam, tiba-tiba mereka mendengar salakan anjing di pinggir
kawasan tempat kawasan yang mereka bersihkan. Seorang daripada mereka mengambil
keputusan untuk mencari puncanya dan terperanjat ia datang daripada sebatang
kayu hitam besar yang lapuk. Dia membaling tugalnya ke aarah kayu tersebut dan
terkejut melihat darah memancut keluar dari kayu tersebut. Dalam keadaan
gementar dia terus lari mendapatkan kawan-kawan dan menceritakan perkara yang
berlaku namun tiada seorangpun yang percaya.
Salakan anjing
itu tidak berhenti-henti, setelah disiasat darah masih belum berhenti memancut
daripada batang kayu tersebut. Tanpa berfikir panjang mereka terus melemparkan
tugal mereka pada batang kayu tersebut dan darah semakin banyak memancut.
Tiba-tiba awan hitam menggelilingi angkasa, diikuti oleh guruh dan kilat,
kemudian hujan lebat mula membasahi bumi. Mereka kemudiannya berpecah lari
mencari tempat perlindungan, di dalam kelam kabut tersebut salah seorang
daripada mereka secara tidak sengaja mencabut tongkat yang dicacakkan oleh
wanita ganjil tadi, dengan serta merta air memancut keluar daripada lubang
tersebut, bumi mula bergegar dan terbenam. Kawasan yang dibersihkan tadi
menjadi tasik besar yang kini dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang
tempatan menyatakan bahawa batang kayu tersebut ialah jelmaan seekor naga yang
dikenali sebagai Naga Seri Gumum.
Terdapat juga
cerita mengatakan kononnya pada zaman dahulu ia adalah tapak sebuah kota besar
Khmer yang telah tenggelam dan dijaga oleh makhluk misteri. Khabarnya juga
makhluk misteri ini pernah ditemui oleh penduduk tempatan, namun ia masih belum
dapat diibuktikan secara saintifik.
Thursday, 4 September 2014
Binjai Manis..
Buat pertama kalinya melihat binjai dijual di tepi jalan kawasan kampung berhampiran dengan rumah.. Hati terus terpikat untuk membelinya kerana bagiku buah ini sukar untuk diperolehi masa kini.. Menurut Mak Cik Ziana (penjual buah binjai), binjai ini spesial sebab ianya manis dan sedap dimakan begitu saja.. Hmm.. Hatiku meragui kerana sebelum ini binjai sangat masam dan hanya dibuat sambal..
Baunya yang unik semerbak memenuhi segenap ruang dapur rumah.. Selepas berbuka puasa hatiku tidak tertahan lagi untuk merasainya.. Memang benar binjai ini manis dan sangat berbeza rasanya dengan binjai yang pernah dimakan sebelum ini.. Keunikannya membuatkan hati ini penasaran untuk menunggu musimnya kelak.. Menurut Mak Cik Ziana, pohon binjai ini akan berbuah hanya setiap 4-5 tahun sahaja..
![]() |
| Pohon binjai manis di sebelah rumah Mak Cik Ziana.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)




















