Thursday, 4 September 2014

Binjai Manis..

Buat pertama kalinya melihat binjai dijual di tepi jalan kawasan kampung berhampiran dengan rumah.. Hati terus terpikat untuk membelinya kerana bagiku buah ini sukar untuk diperolehi masa kini.. Menurut Mak Cik Ziana (penjual buah binjai), binjai ini spesial sebab ianya manis dan sedap dimakan begitu saja.. Hmm.. Hatiku meragui kerana sebelum ini binjai sangat masam dan hanya dibuat sambal.. 
Baunya yang unik semerbak memenuhi segenap ruang dapur rumah.. Selepas berbuka puasa hatiku tidak tertahan lagi untuk merasainya.. Memang benar binjai ini manis dan sangat berbeza rasanya dengan binjai yang pernah dimakan sebelum ini.. Keunikannya membuatkan hati ini penasaran untuk menunggu musimnya kelak.. Menurut Mak Cik Ziana, pohon binjai ini akan berbuah hanya setiap 4-5 tahun sahaja.. 

Pohon binjai manis di sebelah rumah Mak Cik Ziana..

2 comments:

  1. sedapnya buah binjai....buat sambal bijai mmg meletop....kat mana rumah makcik nie Fizzi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Linda.. musimnya dah habis.. bulan puasa baru ni.. nak tahu.. pokok ni hanya akan berbuah 4-5 tahun sekali.. binjai ni memang lain dari binjai biasa.. manis.. boleh dimakan begitu saja.. hehe.. insyaallah musimnya akan datang harap2 saya ingat akak nanti.. tak jauh dengan rumah saya..

      Delete