Wednesday, 21 October 2015

Cycnodes Jumbo Puff..

Cycnodes Jumbo Puff atau Cycnodes Taiwan Gold menanti mekar..


Pokok Tin..

Percubaan untuk menanam pokok Tin..
Pemberian keratan tut oleh Kak Haslinda Hussin

Tomato Ceri Bulat..

Tomato Ceri sudah membuahkan hasil.. 
Tak sabar nak melihat ianya ranum untuk dipetik..
Sebelum itu jom kita saksikan ianya menghijau di pokok..






Koleksi Hoya Permulaan..

Terpikat dengan keindahan bunga hoya kepunyaan rakan-rakan membuatkan hati ini ingin memilikinya di laman sendiri.. Akhirnya kenalan di Semenyih dan Shah Alam memberikan keratan hoya sebagai percubaan.. Moga ianya juga berbunga hendaknya.. Jutaan terima kasih..
Ikhlas drpd Kak Haslinda Hussin
Hoya lasiantha drpd Kak Ros Hayati Sofiera

Perkongsian Kaktus..

Hasil pemberian ikhlas kenalan akhirnya tercapai hajat ingin memiliki Stapelia bunga berwarna merah.. Beliau juga memberikan keratan kaktus yang lain.. Jutaan terima kasih..
Moga semuanya akan tumbuh dan berbunga dengan suburnya..
Ikhlas drpd kak Zaiton Othman & Matahari Biru

Thursday, 15 October 2015

Phalaenopsis Kuning..

Saksikan keindahan Phalaenopsis yang meriah berwarna kuning kegemaranku..




Thursday, 8 October 2015

Stapelia gigantea.. 3 setangkai..

Kemeriahan Stapelia gigantea berbunga serentak 3 setangkai..
Biar gambar berbicara..




Tuesday, 6 October 2015

Koleksi Kaktus Berbunga..

Salam Muhibbah.. 
Berikut adalah koleksi kaktus di rumah yang pernah berkuntum mekar setakat ini.. 
Mari kita saksikan keindahannya sebelum dan selepas mekar..
Jika tidak silap, yang pertama daripada atas adalah Caralluma diffusa atau umbellata..
Kedua daripada atas adalah Stapelia gigantea atau grandiflora..
Ketiga daripada atas adalah Huernia schneideriana..