Tuesday, 7 July 2015

Stapelia gigantea 2015.. (7).. Layu..

Lewat petang semalam sekembalinya ke rumah daripada kerja didapati bunga kaktus yang mekar penuh pada paginya sudah terkulai layu tunduk ke bumi.. Keindahannya mekar hanyalah seketika.. Walau pun begitu,  memori indah di saatnya mekar cukup memberikan satu kepuasan yang tidak dapat dilupakan.. Pagi ini 21 Ramadhan 1436H (08 Julai 2015), bunga ini sudah makin layu dan mengecut.. Menanti saat gugur ke bumi.. Diharapkan beberapa kudup bunga baru akan kembali mekar seperti ini..



pagi ini.. 080715..

Monday, 6 July 2015

Stapelia gigantea 2015.. (6).. Mekar..

Pagi 20 Ramadhan 1436 H bersamaan 07 Julai 2015 yang indah ini selepas hujan pada malamnya, bunga Stapelia gigantea telah mekar sepenuhnya.. Sungguh indah ciptaan Allah Yang Maha Esa..



Stapelia gigantea 2015.. (5).. Terbuka..

Saat yang dinantikan sudah tiba.. Bunga Stapelia gigantea ini sudah mula terbuka dan menunjukkan dirinya pada pagi 06 Julai 2015 (19 Ramadhan 1436H) setelah lebih sebulan mulai kudupnya muncul..

sebesar tapak tangan saiznya
panjang setiap kelopak lebih daripada 6 inci




seperti biasa.. bau yang dihasilkan bunga ini menarik minat lalat..




Stapelia gigantea 2015.. (4).. Berat..

Bunga Stapelia gigantea ini makin tunduk kerana berat kudupnya semakin bertambah setelah memasuki minggu ke-4.. Seakan mahu meletup pada bila-bila masa..












Stapelia gigantea 2015.. (3).. Tunduk..

Bunga Stapelia gigantea ini sudah mula tunduk ke bawah pada minggu ke 3.. 
Ini kerana ianya semakin membesar dan berat.. 




Stapelia gigantea 2015.. (2).. Membesar..

Kudup bunga kaktus Stapelia gigantea (Giant Starfish) ini semakin membesar selepas masuk minggu ke 3.. Kudupnya masih menghala ke atas..