Tuesday, 29 October 2013

Rose Kg Putih..

Kelembutan dan kesucian warna rose ini memang menawan hati sesiapa sahaja melihatnya.. Bersih berseri.. Kisah rose putih ni bermula apabila rakan facebook terpos pokok ini kepada saya.. Sebenarnya rose yang diminta adalah rose pengantin.. Apa pun jutaan terima kasih kepada Kak Zana Mazlan.. 
Saksikan keindahan Rose Kg Putih ini..







Monday, 28 October 2013

Kaktus (4) : Giant Starfish Cactus - Layu di Hujung Mekar..

Kini bunga kaktus yang mekar menguntum telah layu.. 
Saksikanlah keindahan peringkat-peringkat perkembangan bunga kaktus ini sehingga ke akhir mekarnya..

Selasih & Pudina..

Selasih dan Pudina antara pokok yang mudah tumbuh dan beraroma unik menjadi penyeri kehijauan.. 
Bunga Selasih
Selasih
Pudina


Friday, 25 October 2013

Kaktus (3) - Menguntum Mekar

Penantian untuk pertama kalinya melihat kaktus ini berkembang mekar telah terungkai petang semalam sebaik sahaja pulang daripada kerja.. Pertama kali tengok memang teruja.. Saiznya besar.. Bentuk dan rupanya sangat unik dan indah.. Tapi baunya kurang menyenangkan dan telah menarik perhatian lalat dan serangga untuk mendekatinya.. 
Walaubagaimana pun kaktus ini memang terbaik bagi saya.. 
Jutaan terima kasih buat Nooraida Abdullahalim di atas perkongsian kaktus ini..
Jom sama-sama saksikan keindahan bunga kaktus ini..

Happy 251013..





Orkid-orkid..

Minat pada orkid hanya bermula apabila pemberian orkid oleh seorang rakan rancak dan meriah berbunga.. Semangat ini telah membuat orkid-orkid ini mekar berkembang wpun ada juga yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berbunga..



Thursday, 24 October 2013

Kaktus (2) - Menanti Mekar

Kini kudup kaktus hari tu telah makin membesar.. Sebesar penumbuk tangan.. Bertambah teruja untuk melihat ianya kembang..
Kudup kaktus makin membesar

Kaktus lain yang masih dalam penantian untuk berbunga..

Sunday, 20 October 2013

4 Jenis Bunga Raya di Rumah..

Keistimewaan bunga raya ini adalah kerana ianya ditanam sendiri daripada keratan batangnya.. Menguji kesabaran menanti saat ianya mekar berbunga..
Saksikan keindahan 4 jenis Bunga Raya ini mekar di rumah..

     
Bunga Raya Pink:
Indah kerana warnanya yg menawan hati.. Sejuk mata memandang..
Bunga Raya Bersawang:
Unik kerana kelopaknya terkoyak-koyak mcm ekor ikan laga.. Antara bunga kegemaran..
Bunga Raya Purple Berlapis:
Lavender Siffon cantik kerana warnya yang lembut selembut kelopaknya..

                  
Bunga Raya Bertingkat:
Menarik perhatian kerana warnanya yg terang dan kelopaknya bertingkat..

Kaktus (1) - Munculkan Diri

Inilah kali pertama saya melihat kaktus ni berkudup.. Agak besar saiznya.. Tidak sabar nak tengok dia mekar kembang di rumah.. Ada sejenis lagi yang masih belum berbunga.. Tp dah makin melimpah ruah dari pasunya.. Kaktus-kaktus ini juga pemberian rakan facebook Nooraida Abdullahalim.. 
Kudup kaktus munculkan diri
Di awal penanaman kaktus ini..

Hydrangea Sudah Berbunga..

Hydrangea akhirnya berkembang mekar di rumah.. Induk asalnya berwarna biru.. Tapi.. Keratan anaknya ini berwarna pink pula.. Agak lama menunggu ianya berbunga.. Info yang diterima, katanya warna bunga Hydrangea dipengaruhi oleh keasidan atau kealkalian tanahnya.. Sekarang masih menunggu sepokok lagi yang masih belum berbunga-bunga.. 

Thursday, 17 October 2013

Cermai Belanda..

Cermai Belanda buat pertama kalinya lebat berbuah.. Rasanya tidaklah semasam cermai biasa.. Agak berbeza rasanya.. Masam-masam manis.. Bentuknya hampir sama seperti cermai biasa cuma warnanya berbeza.. Mmerah tua bila masak ranum.. Pokoknya renek.. Pucuk muda berwarna kemerahan.. Daunnya agak tebal.. Saksikanlah keindahan pokok dan buah Cermai Belanda ini..

Bunga Cermai Belanda..
Buah Cermai Belanda muda..
Cantik.. Cermai Belanda berwarna kuning sebelum menjadi merah..
Cermai Belanda ranum.. Boleh dimakan..
Ulas buahnya nampak dengan jelas..
Perubahan warna Cermai Belanda.. Hijau-Kuning-Merah..

Daisy Pertama..

Bunga Daisy pertama yang berbunga di rumah.. Keunikan Daisy ini berbanding yang lain adalah kerana kelopak dan warnanya.. Jom sama-sama kita saksikan keunikan dan keindahan Daisy pemberian rakan facebook saya kak Sall BlueBeauty.. Jutaan terima kasih kak Sall..