Tuesday 19 November 2013

Daisy Jingga..

Daisy Jingga ini adalah koleksi kedua daisy di rumah.. Hasil pemberian seseorang.. Warnanya yang terang amat memikat hati.. Tidak sabar rasanya untuk melihat Daisy Pink yang masih belum berbunga di rumah..





Rose Damask..

Rose Damask adalah antara rose kampung kesukaan kerana ianya sangat wangi dan warnanya yang lembut.. Walaupun mekarnya hanya seketika, tetapi kepuasan jelas terasa apabila dapat memilikinya.. 
Sangat cantik apabila berjambak mekarnya.. 
Ini adalah kuntuman sulung hasil semaian sendiri keratan batangnya..


Sunday 17 November 2013

Cattleya 2..

Cattleya ini pertama kali berbunga.. Keindahan bentuk dan warnanya membuatkan mata tak jemu memandang.. Tersenyum lebar apabila semalam ianya mekar menguntum.. 
Saksikanlah keindahan Cattleya ke-2 yang bertamu di rumah..





Perbezaan antara 2 Cattleya di rumah..
[Kiri: Cattleya 1 - Kanan: Cattleya 2]